RASULULLAH
SAW telah mengarahkan tentera kaum Muslimin supaya berkumpul, kerana hendak
pergi berperang. Mereka akan menyerang orang kafir Quraisy di Mekah. Lebih
kurang 12,000 kaum Muslimin yang datang dari seluruh pelosok kabilah dan telah
memeluk Islam datang ke Madinah.
Ada
seorang lelaki yang bernama Hathib bin Abu Balta’ah telah melakukan perbuatan
yang menyalahi undang-undang agama dan negara.
Hathib
menulis surat kepada beberapa orang Musyrikin di Mekah. Dia memberitahu bahawa
Rasulullah akan datang untuk menakluk Mekah dalam masa yang terdekat itu.
Seorang perempuan diarahkan membawa surat itu ke Mekah. Perempuan itu keluar
secara senyap-senyap dari Madinah.
Namun,
tidak lama selepas perempuan itu meninggalkan Madinah, Rasulullah telah
memanggil tiga orang kanan baginda. Mereka ialah Ali, Zubir dan al-Miqdad.
“Pergilah
kamu ke kebun Khakh. Di sana ada seorang perempuan membawa surat. Ambil surat
itu daripadanya dan bawa surat itu kepadaku,” kata Rasulullah.
Maka
tiga orang sahabat itu pun menunggang kuda menuju ke tempat yang dinyatakan. Di
situ mereka menemui seorang perempuan yang sedang menunggang seekor unta.
Mereka segera menyekat perjalanan unta perempuan itu.
“Berikan
surat itu kepadaku,” kata mereka kepada perempuan itu.
“Saya
tidak membawa surat,” nafi perempuan itu pula.
“Rasulullah
pasti tidak akan berbohong. Baik engkau serahkan surat itu cepat sebelum kami
mengapa-apakan engkau,” kata mereka mengugut perempuan itu.
Perempuan
tersebut ketakutan mendengar ancaman itu. Dia pun mengeluarkan sepucuk surat
dari dalam sanggulnya lalu menyerahkan kepada mereka bertiga. Selepas itu, dia
pun dibenarkan pergi.
Surat
itupun dibawa kepada Rasulullah dan baginda memeriksa surat itu. Rupa-rupanya
Hathib yang mengirimkan surat itu. Hathib dipanggil mengadap Rasulullah.
“Apakah
ini, wahai Hathib?” soal Rasulullah sambil menunjukkan surat yang berada di
tangannya.
“Janganlah
menghukum saya terlalu cepat, wahai Rasulullah. Dengarlah apa penjelasan saya,”
kata Hathib ketakutan.
“Saya
ada kawan-kawan daripada golongan kafir Quraisy. Namun saya bukan daripada
golongan mereka. Ada di antara golongan Muhajirin di Madinah mempunyai kaum
kerabat di Mekah yang boleh menjaga harta benda dan keluarga mereka yang tidak
ikut berhijrah.
“Tapi
saya tidak mempunyai kaum kerabat seperti mereka. Saya ingin melakukan sesuatu
kepada kawan-kawan supaya mereka akan menjaga keluarga saya yang lemah di
Mekah. Saya berbuat demikian bukan sebab kufur atau murtad, tetapi kerana
inginkan perlindungan kepada keluarga dan harta benda saya,” kata Hathib.
“Dia
menyata yang sebenarnya,” kata Rasulullah. Allah telah berfirman: “Kerjakanlah
apa yang kamu kehendaki, Aku telah memberi ampun kepada kamu”.
Oleh
sebab Hathib turut serta dalam Perang Badar, maka Allah mengampunkan dosa
lelaki itu. Hathib pun mengucap kesyukuran dan berjanji tidak akan
mengulanginya lagi.
PENGAJARAN
- Walaupun kita sayangkan ahli keluarga kita, kita perlulah mendahului kasih sayang kepada Allah dan agama Islam. Beriman dan taat kepada Rasulullah dengan sepenuh hati akan memperoleh kejayaan.
- Walaupun kita sayangkan ahli keluarga kita, kita perlulah mendahului kasih sayang kepada Allah dan agama Islam. Beriman dan taat kepada Rasulullah dengan sepenuh hati akan memperoleh kejayaan.
PERBENDAHARAAN
KATA
- Musyrikin: orang yang menyekutukan Allah
- Nafi: tidak mahu mengaku
- Kufur: kafir
- Musyrikin: orang yang menyekutukan Allah
- Nafi: tidak mahu mengaku
- Kufur: kafir
INFORMASI
- Hathib terhitung sebagai salah seorang yang mendapat kedudukan mulia kerana telah turut dalam peperangan Badar. Rasulullah sudah berjanji bahawa orang Islam yang turut dalam perang Badar adalah mendapat hak-hak istimewa dan dimuliakan.
- Hathib terhitung sebagai salah seorang yang mendapat kedudukan mulia kerana telah turut dalam peperangan Badar. Rasulullah sudah berjanji bahawa orang Islam yang turut dalam perang Badar adalah mendapat hak-hak istimewa dan dimuliakan.
(Utusan Malaysia)
0 Response to "Kesilapan Hathib sebagai Pengajaran "
Posting Komentar